Pages


Wednesday, April 7, 2010

Jalan-jalan di Kuching Sarawak

Kali ni pergi berjalan hanya berdua...mama dgn ayah..Anak-anak ditinggalkan sementara dengan Opah dan Tok Wan..kebetulan Opah dan Tok Wan datang Ke Kuala Lumpur semata-mata nak jumpa cucu..hehehe..sebenarnya tak rancang pun nak pergi jenjalan ni...kebetulan opismate ayah nak balik kampung di Sarawak..yg kami hanya menumpang..untuk berjalan-jalan di Kuching Sarawak. Disana kami menginal di Hotel alamak apa kenamanya dah lupa laaaa..berviewkan water front. Disana kami tinggal selama 3 hari 2 malam..kebetulan opismate ayah juga yg baru bertukar ke Sarawak juga...dah menunggu kami...di Airport Kuching..bersama-sama opismate...yang nak balik kampung... Sampai jer disana dibawanya kami melawat tempat membuat pasu-pasu Sarawak. Ada juga laaaaa..mama bawa balik pasu-pasu..tu daripada besar hingga kecik untuk dibuat perhiasan rumah...kemudian dibawanya kami check in ke hotel...kemudian..selepas maghrib dibawanya kami makan malam....di pasar minggu Satok..Mama try laksa sarawak..ayah pula try mee kolok..boleh tahan mee kolok..macam mee maggie goreng tapi disediakan sup....Laksa sarawak pun rasanya masam-masam manis..tapi ada isi ayam...fuh sedap betulll...lepas makan..terus jalan dipasar minggu..sambil bershopping baju-baju untuk anak-anak dan anak saudara...dan tidak lupa juga cenderahati untuk opismate ayah dan mama.
Keesokkan paginya...dalam pukul 6.30 pagi coleague ayah dah menunggu di lobby hotel untuk dibawa kami..berjalan-jalan di Sarikin, Sarawak (sempadan Bau-Pontianak). Di Sarawak pukul 6.30 pagi dah macam pukul 7 pagi...Di sana kami beshopping sakan beli tikar sarawak, jbaju....handbag...tempatnya lebih kurang macam Bukit Kayu Hitam.
Habis shopping dibawanya kami ke Water Front Kuching...kemudian kami ke seberang sungai untuk ke Kg. Boyan dengan menaiki "PERAUK" panggilannya...tapi tengok cam perahu...dengan bayar tambang hanya 30 sen seorang...untuk membeli belah kek sarawak..di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, Kg. Gersik. Kedainya betul-betul belakang surau. Macam-macam kek lapis ada...perasa asam masin manis...coklat...pandan..papermint..oren..dan bermacam-macam lapis warna dan perisa....mama ngan ayah borong dekat RM100 untuk dibawa balik ke Semenanjung...heheh Lepas borong kek lapis...kami ke restoran..Kg. Boyan yang terkenal dengan restoran/kedai makan. Kami dinner di sana...mama try makan umai ikan..dan masakan obor-obor..sedap....hingga menjilat jari...
Keesokannya.... kami ke muzium sarawak....ke pasar minggu Satok...untuk membeli belah ikan terubuk masin untuk dibawa pulang..dan dijadikan souvenir makanan hehehheh untuk opismate ayah dan mama...Rasanya dah 2 kali mama ngan ayah gi Sarawak...nanti kalau ada cuti lagik...mama ngan ayah nak bawa abang dengan adik pergi jenjalan di Sarawak....Mama nak ucapkan TERIMA KASIH...kepada opismate dan coleagues ayah yg bekerja di Sarawak kerana..bawa kami pusing-pusing Sarawak...sudi menjemput dan menghantar kami ke Airport Kuching dan juga meluangkan masa selama 3 hari kami di sana...

Mama dengan Anis wife opismate ayah (berlatarbelakangkan Hotel Hilton)...di Kg Boyan semasa menunggu "Perauk" untuk ke Water Front, Kuching

Ayah dalam "Perauk" nak ke seberang ke Kg. Boyan. Bayaran tambang cuma 30 sen seorang

Di Water Front Kuching , Sarawak

Di Water Front Kuching, Sarawak

No comments:

Post a Comment